Tuesday, June 26, 2018

ANGGUN CITY NIGHT BAZAAR



Anggun City Uptown Night Bazaar!
@ Kota Emerald, Rawang


1     UPTOWN ANGGUN CITY RAWANG

TARIKH DAN MASA Tarikh: 1 Ogos 2018
               Masa: 9.00 pm - 3.00 am

LOCATION:                       Jalan Anggun City 1, Sungai Bakau, 48000 Rawang,                                                     Selangor, Malaysia,                                                                                                 

                   






UPTOWN ACM NIGHT BAZAAR - Uptown berkonsep moden. lengkap dengan kemudahan seperti sekuriti, wind blower, tempat parking yang luas dan banyak lagi kemudahan yang lain!

Tapak untuk disewa! Dengan kadar sewa dan kemudahan yang menarik!

Platform yang terbaik dan mudah bagi segala jenis perniagaan!
Untuk Lot kanopi, kadar sewa BERMULA SERENDAH RM25/sehari! Sebulan RM650 (26 hari)
Tarikh Cadangan: 15hb.Ogos, 2018
Masa Operasi: Dari Jam 9.30malam – 3.00pagi (Selasa – Ahad)
Cuti : Setiap hari Isnin.

Kemudahan termasuk;
+Khemah 8x8
+Sumber elektrik & air
+Sekuriti CCTV
+Marketing di sosial media 
+Giant TV Screen
+Performance Stage-Live band
+P.A System inclusive MC/DJ
+Karoake terbuka
+Open Busking Band
+Persembahan Tarian Traditional Malaysia
+4000 free parking
+Tapak bersimen, bersih & selesa
+Pelbagai Gerai yang Unik serta mesra


Wow. keperluaan sudah disediakan! Hanya perlu masuk dengan barang-barang perniagaan anda! barang boleh disimpan dengan begitu mudah!

Uptown ini mengadakan Event setiap mingguan / bulanan. 





TUJUAN

Program ini bertujuan untuk mandapatkan kelulusan dari Pihak Pengurusan Anggun City Mall serta pihak-pihak yang berkaitan dengannya kepada pihak kami untuk manganjurkan sebuah program anjuran bersama MRK Event Management, yang diberi nama “Anggun City UpTown Night Bazaar ”.


PENGENALAN

Di antara ciri-ciri Program “Anggun City UpTown Night Bazaar yang bakal diketengahkan adalah tapak jualan barangan dan makanan di sekitar Dataran terbuka Anggun City Mall yang terletak di Kota Emerald, Rawang.

Dimasa yang sama pihak penganjur dapat memberi perkhidmatan kepada pelangan-pelangan yang datang bagi memeriahkan suasana serta sekitarannya. Berlatar belakangkan muzik lagu2 berirama baru & lama serta DJ/MC berceloteh bagi menghidupkan suasana malam. Persembahan Busking serta Artis Undangan akan juga menghiburkan para pelangan yang mengunjungi Anggun City Night Bazaar sepanjang malam di kawasan tempat jualan. Malah sekiranya program ini berjaya menarik minat pelangan2 serta pelabur2, kemungkinan program ini bakal menjadi satu aktiviti harian dengan bantuan daripada Majlis Perbandaran Selayang serta pihak pengurusan. Hasrat kami adalah untuk mewujudkan ‘landmark’ bagi keusahawanan serta pelabur2 di Anggun City Mall dengan menyediakan medium yang menarik dan efektif berlandaskan faktor2 yang sepatutnya. 

MISI

Program ini dianjurkan dengan misi untuk menjadi platform pertemuan pihak berkaitan dengan suasana keramaian. Dengan harapan ianya dapat menjadi satu tempat “highlight night-spot” yang dikenali ramai serta mendapat sambutan ramai daripada warga-warga Kota Emerald serta kawasan-kawasan yang berdekatan dengannya serta secara tidak langsung memberi keyakinan yang tinggi kepada pihak pelabur2 yang datang melabur kesini. Di samping itu, program ini bertujuan untuk melahirkan minat keusahawanan serta berkualiti dari segi etika perniagaan.

TEMA

👉“Explore the Night Life in Anggun City Mall”👈
Tema program ini diambil sempena mengilham harapan yang dijangkakan ke atas program ini dimana program ini dianjurkan dengan harapan ianya dapat menjadi satu highlight spot yang dikenali ramai serta mendapat sambutan padu daripada warga-warga Kota Emerald serta kawasan-kawasan yang berdekatan dengannya serta memberi keyakinan yang tinggi kepada pihak pelabur2 yang datang kesini.

SASARAN  PELANGAN

Sasaran pelangan yang paling utama semestinya warga2 Kota Emerald (West & East), Bandar Country Home, Saujana Rawang, Kuang, Kundang, Bandar Tasik Puteri, Batu Arang, Ijuk, Puncak Alam, Setia Alam, Sg.Buluh, Rawang Town, Templer Park, Sg.Choh, Sg.Buaya serta Bukit Beruntung. Beberapa kawasan2 perumahan yang baru kini dibuka dengan aktifnya serta jualan yang aggresif selaras perkembangan yang pesat bertumpu dikawasan Kota Emerald. Pelangan2 yang datang dari luar kawasan juga akan menarik minat mereka dengan adanya perkhidmatan serta gerai2 jualan yang berlainan serta kreatif.

ANJURAN BERSAMA

Mozas Reka Kreatif Event Management
RhythmBeat Music Studio & Creative Artwork
Kent=Chang@hotmail.com (ANGGUN CITY Representative)


No comments:

Post a Comment